Blogger Layouts

Saturday, December 4, 2010

Pencarian Hidup_

Mencari itu bukan mudah, perlu cari apa yang perlu, bukan yang mahu,
Kerna kita sentiasa mahu pelbagai benda dalam hidup tapi tidak mampu, 

Mahu rasa lengkap bila ada apa yang kita mahu, itu hakikat hidup,
Selagi kita bernyawa di bumi Tuhan yang indah dan permai ini kita jangan pernah berputus asa untuk mencari. Jika jumpa bersyukurlah kamu. Namun jika tidak, jangan pernah berputus asa, jangan pernah mengeluh wahai insan..
Berhenti sebentar, dan renung mengapa kita tidak jumpa apa yang kita cari,....
Mungkin kita cari di tempat yang salah, waktu yang salah atau sememangnya apa yang kita cari itu bukan untuk kita.
Maka redha kanlah ia..lepaskan, lupakan, mungkin barangkali akan ada yang lain terbaik untuk kita.
Sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa beri kita apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu, kerna Dia lebih mengetahui yang sewajarnya kita perolehi.
Aku hanya insan yang mahu cari keredaan ALLAH, Tuhan aku yang satu.
Semoga sentiasa di rahmati dan di berkati. Yang lain biar datang sendiri, aku terima, apa yang ada aku syukuri, kerna masih ada, yang datang akau nanti dengan kesabaran. Berdoa itu yang terbaik untuk diri ini_sentiasa.


 Berdoa juga aku akan kau supaya temui apa yang kau mahu dalam hidup,...kawan, sahabat, kekasih, keluarga....