Blogger Layouts

Wednesday, December 29, 2010

Tumbesaran vs ketinggian

Nak menulis tak ada cerita nak dikongsi. life macam biasa, masih boring boring boring dan boring lagi. dan bila boring tu samapai tahap gaban, aku akan jadi tak berapa nak tentu arah sangat. terlompat-lompat, terkinja-kinja, berlari-lari, bergoyang kepala ke sana kemari. Maka dengan itu adik aku yang tahpape tu pon hairan, sangat hairan la dgn kakak beliau nih. Persolan timbul samadadia adik atau aku adik? bila perangai aku plak yang lebih cam kekanak rebena, pula bila timbul bab ketinggian,. Oh, yang ni aku memang memang memang sukar nak terima bila beliau lebih tinggi dari aku. Aduh, lebih tinggi dan akan lebih tinggi nanti sebab beliau masih dalam tempoh tumbesaran. Aku? tumgemukan ada la.


Pasti sukar kehidupan selepas ini. Hurm, cakap taip pasal bab ketinggian ni, seumur aku ni dah banyak gelaran aku terima sebab aku rendah. Antaranya pendek (ini wajib), makhluk halus, dll. dan dan yang terbaru ialah pari-pari kecil dalam sinetron katanya. Agak geram disitu ya. Ada ke patut?..Tak patut, Tak patut. Aku bukan rendah, cuma tak tinggi kot. Kot la.


Rendah-rendah pon cute kan. kan. kan......ala kata je ye. Kita koromkromi, nanti aku belanja aiskrim malaysia. hehehehehehe.


Tapi tapi tak jadi masalah, eh, kadang-kadang bagi masalah jugak bila aku nak amik barang kat tempat tinggi.
Tapi, tapi apa guna orang lain yang tinggi kalau tak buleh tolong, Ye dak?