Blogger Layouts

Wednesday, December 29, 2010

Tumbesaran vs ketinggian

Nak menulis tak ada cerita nak dikongsi. life macam biasa, masih boring boring boring dan boring lagi. dan bila boring tu samapai tahap gaban, aku akan jadi tak berapa nak tentu arah sangat. terlompat-lompat, terkinja-kinja, berlari-lari, bergoyang kepala ke sana kemari. Maka dengan itu adik aku yang tahpape tu pon hairan, sangat hairan la dgn kakak beliau nih. Persolan timbul samadadia adik atau aku adik? bila perangai aku plak yang lebih cam kekanak rebena, pula bila timbul bab ketinggian,. Oh, yang ni aku memang memang memang sukar nak terima bila beliau lebih tinggi dari aku. Aduh, lebih tinggi dan akan lebih tinggi nanti sebab beliau masih dalam tempoh tumbesaran. Aku? tumgemukan ada la.


Pasti sukar kehidupan selepas ini. Hurm, cakap taip pasal bab ketinggian ni, seumur aku ni dah banyak gelaran aku terima sebab aku rendah. Antaranya pendek (ini wajib), makhluk halus, dll. dan dan yang terbaru ialah pari-pari kecil dalam sinetron katanya. Agak geram disitu ya. Ada ke patut?..Tak patut, Tak patut. Aku bukan rendah, cuma tak tinggi kot. Kot la.


Rendah-rendah pon cute kan. kan. kan......ala kata je ye. Kita koromkromi, nanti aku belanja aiskrim malaysia. hehehehehehe.


Tapi tapi tak jadi masalah, eh, kadang-kadang bagi masalah jugak bila aku nak amik barang kat tempat tinggi.
Tapi, tapi apa guna orang lain yang tinggi kalau tak buleh tolong, Ye dak?

Monday, December 13, 2010

Habis sudah..

Yeah, ari ni dah abis exam. Maka tamat la sem 5 kat sni. Penat sem ni coz first time amik 7 paper. CAm dragon ball plk kan, 7 bijik semuanya...pape je lah. hahahaha... Well esk nak g langkawi ada kursus kawen, yeah ...
Tapi wajar ke rasa seronok? Coz ni kursus lanjutan yang dulu, dan yang dulu amat lah membosankan. Even best dok hotel, makan sedap. Tapi kena dengr ceramah 24 hours. wuaaaaaaaaaa..... Sory kalo saya tidur kat meja time ceramah ya. Saya mmg suka tido bila org bercakap. Ceramah-ceramah ni dah di akui oleh aku dan sejabatan dengannya merupakan ubat tido paling mujarat untuk aku yang berjiwa kiut ini. Then after 1 week mak  bilang mau jalan-jalan. Dah lama tak jalan mkn angin gan family, maklum la semua sibukkan. Ke mana. itu tak tau g. Suprise kot, ntah-ntah p mandi laut jah. Cet.... Ah, tapi aku kira apa. NAk ikut jugak.  Katanya nak p 19hb, aku blk langkawi pon dah 19, sempat ka? huhu...mummy nak itut gak!!!!!














SELAMAT BERCUTI SEMUA YEAHH~~~~~

Friday, December 10, 2010

Cinta atau Benci





Aku selalu hilang punca,
Aku hilang punca mengapa aku cinta benar pada seseorang,
Aku hilang punca mengapa aku benci benar pada seseorang,
Kerna masa banyak hilangkan rasa aku,
Ya, masa..sering ku bicara tentang masa yang banyak meredakan rasa kecewa, marah atau suka itu.
Kerna dengan masa buat aku lupa, dan itu memang sifat aku.
Mudah lupa, kadang aku syukuri rasa lupa itu.
Lupa adalah satu anugerah yang terbaik di beri ALLAH pada umatnya.
Mengapa kataku begitu?
Mari kita lihat bukan semua orang yang kita mahu ingat kan.
Kerana mungkin akan melukakan hati kita.
Namun jika kita ingat itu hanya sebisan, itu pada aku.
Berbalik pada cinta dan dendam..Kadang-kala terfikir mengapa aku benci atau suka seseorang
Hairan bukan, kerna kata orang semua yang terjadi di dunia ini mesti ada sebab ada punca.

Thursday, December 9, 2010

Dia yang mahu aku lupa.

Dia yang sudah mahu aku lupa.
Dia yang aku panggil kawan,
Dia yang aku panggil sahabat,
Gelak tawanya buat aku tertawa sendiri,
Kegilaannya buat aku gila sendiri,
Ya, benar.. dia kawan dan sahabat yang aku mahu gelar kekasih.
Tapi tak bisa kerna cintanya hanya untuk yang lain.
Terima seadanya aku keadaan itu.
Kecewanya hanya ALLAH yang tahu,
Biarkan,.biarkan..aku mahu lupa dia.
Walau aku tahu yang sememangnya dia sudah lama berlalu,
Tanpa ingat siapa aku,
Masa juga sudah ubati luka itu.
Ah, biarkan saja...
Hari ini aku berbahasa tentang dia bukan kerna aku rindu,
Tetapi hanya mahu,
Wujudnya dia pada jalan yang pernah aku lalui.
Sudah jauh kebelakang, cuma kadang-kadang aku mahu tertoleh.
Teringat aku, lalu diabadikan disini.
Biar bersemadi tenang.




p/s: hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan sedikit dengan kehidupan yang menulis...yang membaca??mungkin.siapa tahu ya.

Monday, December 6, 2010

Ntah..mengarut!

Katanya aku kena hidup hapy-hapy selalu.jangan fikir macam-macam.
Tapi macam mana.Sebab aku selalu rasa sedih..
Mungkin sebab aku ada hati hanya sebesar kuman.
Mudah tersentuh, bila orng guna perkataan yang kasar sedikit pon aku sudah mahu merajuk.
Aku juga tidak mampu tahan kesunyian, tidak mampu tahan tekanan.
Oleh itu,aku lebih suka luahkan di sini, dari luahkan dengan kata-kata.
Kerna orang lain tak akan faham, biarlah nak kata aku emo, syok sendiri bila luahkan semua di sini.

Nanti bila aku luah kat kau, kau kata aku ni annoying lah, emo lah..dan apa-apa lagi.
Walau kau tak tunjuk dengan kata-kata, aku sudah nmpak dengan air muka kau, perilaku kau.
Aku tahu, kau tidak mahu di hujani dengan masalah-masalah aku.
Maaf kawan, aku selalu menyusahkan..Bukan kau tak ada hal lain nak dibuatkan.
Maaf kadang-kadang aku berdiam,namun itu bukan kerna aku tidak suka kau
Tapi aku perlu begitu, menyendiri supaya satu hari nanti aku tak hilang kau.


love this.....hidup ni jangan fikir masalah je...
sape kata cacing tak boleh terbang?....haha.. nonsen...

Senang Hati *_*

Bagun pagi-pagi tadi dengar radio..ada satu lagu nyayian salmiah hassan kot..
liriknya ada bait kata
"aku mahu hidup senang... dihati"..
Aku sungguh tersentuh dgn itu..
Ya, sapa yang tak mahu hidup senangkan..
Tapi ramai org suka senang yang nmpak..
Maksdnya dari segi meterial sahaja..
Senang ada rumah, ada kereta..ada bini cantik, ada laki hensem..karut..
Tapi siapa tak mahu itukan?
Senang di hati sukar dicari, dijaga kerna hidup ini selalu diduga dengan pelbagai cabaran..
Cabaran yang buat kita rasa susah hati.. 
Mahu aku senang dihati, tak perlu ada duit berjuta-juta jika hati tak senang..
Yela kan kalo duit berjuta-juta mesti sentisa risau kalo-kalo orng nk rompak kita,
Culik anak-anak kita mntk tebusan..
Tapi jika dah hidup senang jangan lupa ya....
Jangan lupa utk bersyukur pada-Nya..
Jangan lupa bantu orang lain..
Supaya bila kita senang..orang lain akan turut senang..
Dan bila orang lain senang, kita pun senang..
Maka marilah kita sama-sama saling senang menyenangi~

 

Apa kena mengena gambar gan post ni?..tak de apa..saja..senang hati je tengok KLCC..
Satu awak, Satu saya~ahak..



Perubahan~

Kadang-kala hidup perlukan perubahan..yang baik atau buruk..kita yang tentukan. Ini hidup kita..Namun kita adakala mahu ambil langkah untuk tidak mahu berubah.Mengapa? mungkin takut akn perubahan atau tidak tahu mahu berubah yang macam mana. Mungkin juga sengaja dibiarkan keadaan begitu, selesa katanya berada pada kedudukan yang sedia ada. Jika benar biarkan saja, kita mahu selesa dalam hidup, hidup senang di hati. Tapi ada keperluan jika perubahan itu perlu jika keadaan asal itu menyusahkan orang lain, menyukarkan orang lain. Bagaimana? Jika bisa, berubahlah, hidup kita bukan hanya seorang, hidup kita bermasyarakat, realiti hidup begitu, perlu berubah jika orang lain mahukannya. Hakikat hidup yang kita perlu akur. Tapi jangan ambil perubahan yg terlalu drastik, perlahan-lahanlah..Kelak jika tersungkur lukanya tidak terlalu dalam,.Hidup jika sudah terluka sukar diubati,.kesanya mendalam..Apatah lagi perubahan itu bukan kehendak kita. Aku lihat ramai orang disekeliling berubah bila masanya, mungkin mereka mahukannya...Aku? Ya, aku juga mahu berubah..Sedikit-sedikit, tidak mahu yang drastik, nanti aku juga terluka. Tidak mahu ya..tentu banyak pakai plaster kalo aku yg terluka itu..haha..peace ^_^

p/s: salam maal hijrah..marilah sama-sama berubah..hijrah itu satu perjuangan..

Sunday, December 5, 2010

silent me__when i hurt.

Pernah anda rasa sakit hati? umpamanya ada bkn 1,malah beribu-ribu ank panh disasarkan tepat pada hati anda.zap..zap...Ya,rasanya teramat pedih..Tapi tak mengapa,masa akan sembuhkan luka itu..Tapi dtg pula satu ketika beribu-ribu ank panah yang lain..Saat luka yg lama blum benar2 sembuh..Ya, yg terluka itu aku..jgn tnyakan kenapa..juga jgn beri jwpnnya mengapa..aku mahu sendiri ketika ini..

study..study..bla...bla..bla.. buhsan.

Meniti hari exam di sini buat aku bosan...sangat bosan...nak kata apa lagi, ya aku bosan..aku bosan study even sometime niat nk study tu mmg berkobar-kobar..tapi bila baca, aytnya mengelirukan, bahasa tungang langang, berulang-ulang dan lain-lain buat aku rasa nk marah. Tpi pada siapa nk dilepaskan? aku tak tahu. Nnti org ingt aku da gila. Tpi lama-lama aku rasa aku mmg boleh gila. Nk tau betul ke tak jom kita test, eh tak..tak perlu..Lately aku rasa sangat susah nak bercakap, selalu pon mmg tak banyak cakap kecuali aku excited psl something..Org ajk sembang pon aku rasa nak senyum aje, mesti org ingt aku sombongkan.hurm_ ..Mak kata aku mmg berat mulut macam abah. Sampai satu tahap mak kata saja suka cari gaduh, membebel sbb nak dengar suara anak dia. Sebab aku kalo org bising-bising mmg pantang dengar..Rasa nk lawan balik aje. Macam-macam mak aku ni.haish~ Tapi rasa yang paling parah sekrg, nk senyum pon satu keje yang sukar untk aku, ketawa apa tah lagi..Something wrong ni, aku tau tu, tapi apa? Ntah mane tau. Mana tah pegi aies' yang gila-gila dulu tak tau ar. Mungkin sudah dewasa. Kawan-kawan pon dah tak segila dulu, mungkin mereka juga sudah mature. Huh..apa kita perlu buat?....



Tengok tu muka yang sangat membosankan....uew......



Saturday, December 4, 2010

Pencarian Hidup_

Mencari itu bukan mudah, perlu cari apa yang perlu, bukan yang mahu,
Kerna kita sentiasa mahu pelbagai benda dalam hidup tapi tidak mampu, 

Mahu rasa lengkap bila ada apa yang kita mahu, itu hakikat hidup,
Selagi kita bernyawa di bumi Tuhan yang indah dan permai ini kita jangan pernah berputus asa untuk mencari. Jika jumpa bersyukurlah kamu. Namun jika tidak, jangan pernah berputus asa, jangan pernah mengeluh wahai insan..
Berhenti sebentar, dan renung mengapa kita tidak jumpa apa yang kita cari,....
Mungkin kita cari di tempat yang salah, waktu yang salah atau sememangnya apa yang kita cari itu bukan untuk kita.
Maka redha kanlah ia..lepaskan, lupakan, mungkin barangkali akan ada yang lain terbaik untuk kita.
Sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa beri kita apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu, kerna Dia lebih mengetahui yang sewajarnya kita perolehi.
Aku hanya insan yang mahu cari keredaan ALLAH, Tuhan aku yang satu.
Semoga sentiasa di rahmati dan di berkati. Yang lain biar datang sendiri, aku terima, apa yang ada aku syukuri, kerna masih ada, yang datang akau nanti dengan kesabaran. Berdoa itu yang terbaik untuk diri ini_sentiasa.


 Berdoa juga aku akan kau supaya temui apa yang kau mahu dalam hidup,...kawan, sahabat, kekasih, keluarga....




Thursday, December 2, 2010